Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Wira Hamza (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai yang dirampas dalam satu serbuan Ahad lalu SHAH ALAM - Polis berjaya menukaskan satu sindket penipuan pelaburan forex apabila mereka telah memperdaya seorang usahawan wanita dari China hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM30 juta. Bertindak atas aduan daripada usahawan China itu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kontinjen Polis Selangor dan Bukit Aman telah menyerbu sebuah kondominium de Bukit Ceilão, Kuala Lumpur, Ahad lalu. Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Wira Hamza Taib berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 pagi itu, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 50 tahun yang juga dalang utama sindiket berkenaan. Turut dirampas bersama suspek adalah beberapa barangan yang digunakan untuk memperdayakan mangsa terbabit termasuk wang tunai RM2.7 juta. Selepas soal siasat ke atas suspek, polis kemudiannaya menahan seorang lagi rakan suspek...